Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Januari 2010

Kalori...Ape itu KALORI?

Kalori...Ramai org tau sebut je tp xtau pun ape maksud kalori...akupun samala...tau sebut je...dlm kepala aku kalori tu "kalori = lemak"...ternyata aku salah...

Baru2 ni aku beli majalah RAPI bil.132...dlm tu ada cerita pasal kalori dan cara2 bakar kalori...So, dkt sini akan aku cuba kongsikan dgn korang (korang2 yg xbaca RAPI)
Apa itu kalori? Kalori adalah sebuah unit tenaga. Kalori bukan zat gizi seperti karbohidrat, protein dan lemak. Tetapi tubuh mendapatkan tenaga atau kalori dari zat gizi...

Walaupun kita makan beratus2 jns makanan yang disediakan dgn pelbagai cara, segala makanan boleh difikirkan sebagai jumlah tenaga yang dibebaskan olehnya bila makanan itu akhirnya digunakan untuk tenaga oleh sel badan.
Cara terbaik menurunkan berat badan yang sihat bukan dgn menghindari karbohidrat, melainkan membakar kalori lebih daripada yang diambil melalui aktiviti fizikal atau kecergasan...
Dianggarkan sekitar 60% dari jumlah kalori keseluruhan kite digunakan untuk menjaga denyutan jantung, pernafasan, mengawal suhu badan, penghasilan hormon dan untuk fungsi otak.
Jadual Keperluan Tenaga / Kalori Untuk Sehari

Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi keperluan kalori...


1) Saiz Tubuh & Komposisinya
Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih byk kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki, semakin tinggi kadar asas metabolik.
2)Usia
Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semulajadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

3) Jantina
Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot berbanding wanita seusia dan sama beratnya. Oleh kerana itu, lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Sekiranya kita mengetahui fakta nutrisi setiap pemakanan yang dinikmati, ia memastikan kita memperolehi diet yang sihat. Jika kita mengambil kalori lebih dari yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi pengambilannya adalah kurang dari yang diperlukan, berat badan akan berkurangan.
Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

(Sumber adalah dari majalah RAPI bil132)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RIHANNA-RUSSIAN ROULETTE



Lyrics | Rihanna Lyrics | Russian Roulette Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/russian-roulette-lyrics-rihanna.html#ixzz0bynKZxO6

SUSAN BOYLE - I DREAMED A DREAM



Lyrics | Susan Boyle Lyrics | I Dreamed A Dream Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/i-dreamed-a-dream-lyrics-susan-boyle.html#ixzz0byt7LOML