Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 November 2009

Ibu Hadif's Give Away Contest "Anugerah Terindah"

Ini merupakan contest pertama yg aku sertai...Dlm byk2 contest yg aku tgk, yg ni betul2 menarik minat aku...tetiba je teruja bila disuruh bercakap mengenai "Anugerah Terindah"...
Setiap contestant diminta sertakan sekeping gamba bayi masing2 yg berusia 1 hari...hmmm dlm byk2 gamba Damia masa 1st day, yg ni je yg clear...gamba yg lain clear juge tp byk yg tgh aku susukan dia...so cam xsopan skit la kan...Dan ini lah dia gambarnya...

.
.
.
.
.
.

Baru siap dimandikan oleh nurse,terus mtk nenen..ni muka kekenyangan la ni...tidopun lena je..tenang tol hati tgk dia tido...

Nama : Damia Zulaikha Bt Muhammad Saiful Izly

Tarikh Lahir : 19 Mac 2009 (Khamis)

Umur Semasa : 8 bln 6 hari (ketika catatan ini dibuat)

Contest ni sebenarnya di anjurkan oleh Ibu Hadif sempena ulang tahun perkahwninannya yg ke-2 pada 23 Disember ini. Contest ni boleh disertai oleh Bloggers (sape yg bukan blogger tu cpt2 ler sign up jd Blogger ok?)

"Anak Merupakan Anugerah Terindah Dari Yang Maha Esa"

Ya, anak mmg anugerah Tuhan yg paling indah sekali bagi ku..Saat pertama disahkan mengandung lg telah aku rasakan keindahan alam ibu...Saat pertama kali melihat pergerakannya di skrin, saat pertama merasakan tendangannya, saat pertama kali mendengar degupan jantungnya..sungguh indah sekali..Subhanallah..

Setiap kali ku berteleku di tikar sejadah, tidak pernah walau sekalipun aku lupa untuk mendoakan keselamatan anakku. Tidak pernah walau sekalipun aku lupa untuk mendoakan kecemerlangan dunia & akhirat anak ku...agar anak ku dilahirkan sihat sejahtera jauh dari sebarang kecacatan, menjadi anak yg sempurna akhlaknya seiring rupa yg menawan..

Tiap kali merasakan kesakitan tidak pernah ku mengeluh sebaliknya perasaan tidak sabar yang bertandang untuk kunantikan saat pertama menatap dan mendengar tangisannya...

Maka tanggal 19 Mac 2009 jam 10.40 pagi aku disorong ke bilik pembedahan setelah dikenalpasti menghadapi masalah apabila anakku dijerut tali pusatnya...tepat jam 11.40 pagi menitislah air mata ku melihat keindahan yg aku nanti2kan selama 9bln...tangisannya sungguh indah bagaikan lagu pertama yg aku nanti2kan seumur hidupku...Ya Allah, syukur aku kehadrat-Mu di atas anugerah-Mu yg terindah...

Demi mu anak, mama berjanji memberikan yang terbaik yang termampu mama berikan....Mama senantiasa berdoa dan berharap agar anak mama menjadi anak yg taat pada Allah, agama, org tua mu, menjadi anak yg berakhlak mulia, sihat,bijaksana, dilindungi dan cemerlang dunia dan akhirat...AMIN..

(*rasa cam nk ngandung lagi je bila ingatkan betapa seronoknya mengandung...)

To other mommies yg nk joint contest ni boleh tgk dl syarat2nya..syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.

2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.

3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.

5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

3 ulasan:

eB ezrin berkata...

gd luck.... kita kwn yer... :)

nieda berkata...

gud luck yer..

Diana Jamil berkata...

Time kasih sume kengkawan..result rasanya xkuar lg ni

Catat Ulasan

RIHANNA-RUSSIAN ROULETTE



Lyrics | Rihanna Lyrics | Russian Roulette Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/russian-roulette-lyrics-rihanna.html#ixzz0bynKZxO6

SUSAN BOYLE - I DREAMED A DREAM



Lyrics | Susan Boyle Lyrics | I Dreamed A Dream Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/i-dreamed-a-dream-lyrics-susan-boyle.html#ixzz0byt7LOML