Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 20 Disember 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


Satu lg contest yg aku nk joint b4 penghabisan taun ni...ritu contest baby n stereng tu aku terlepas pasal bz sgt2...tp xperla..xde rezeki kot. Ok, serba serbi tentang contest ni erk..Contest ni namanya SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY dan dianjurkan oleh Ibu Rifqi sempena ngan bufdaynya yg ke 29... Tahniah Ibu Rifqi...Semoga Allah melanjutkan lg usiamu dan mempertingkatkan lg darjat serta diberkati hidup dunia dan akhirat...AMINNNN

Contest ni da lama da mula...tp tutupnya end of this year...31 Disember 2009. So sesapa yg nk joint tu masih lg beresempatan. Cepat2 jd follower Ibu Rifqi, add blog Ibu Rifqi kat blog list korang dan tepek la banner contest ni kat side bar korang...(rasanya da buat da sume ni..xpe nnt aku double check)

Below adalah gamba2 Damia yg aku pertaruhkan...Disebabkan Ibu Rifqi kate leh ltk seberapabyk gamba,aku puntepek la 4 keping sekali harung..ngeeeee aku konpius nk pilih mn satu...tp harap2 Ibu Rifqi dapatla pilih yg terbaik.
NAMA BAYI :DAMIA ZULAIKHA B MUHAMMAD SAIFUL IZLY

TARIKH LAHIR : 19 MARCH 2009

UMUR SEMASA : 9 BLN 2HARI


Masa ni Mia 6bln..time raya.Mukanya serius sbb tgh aim tali kamera yg berjuntai..nk mamam tali tula..

Pon pon....Bawak keta kn serius...xle gelak2..

Serius x?Baru bgn tido ni...xde mood

Ni lg la...serius smpi terangkat keningnya...Time ni Damia baru je 2bln lbh

So kalo kawan2 yg lain nk joint contest ni bolela jenguk2 blog Ibu Rifqi utk keterangan lanjut...





Rabu, 25 November 2009

Ibu Hadif's Give Away Contest "Anugerah Terindah"

Ini merupakan contest pertama yg aku sertai...Dlm byk2 contest yg aku tgk, yg ni betul2 menarik minat aku...tetiba je teruja bila disuruh bercakap mengenai "Anugerah Terindah"...
Setiap contestant diminta sertakan sekeping gamba bayi masing2 yg berusia 1 hari...hmmm dlm byk2 gamba Damia masa 1st day, yg ni je yg clear...gamba yg lain clear juge tp byk yg tgh aku susukan dia...so cam xsopan skit la kan...Dan ini lah dia gambarnya...

.
.
.
.
.
.

Baru siap dimandikan oleh nurse,terus mtk nenen..ni muka kekenyangan la ni...tidopun lena je..tenang tol hati tgk dia tido...

Nama : Damia Zulaikha Bt Muhammad Saiful Izly

Tarikh Lahir : 19 Mac 2009 (Khamis)

Umur Semasa : 8 bln 6 hari (ketika catatan ini dibuat)

Contest ni sebenarnya di anjurkan oleh Ibu Hadif sempena ulang tahun perkahwninannya yg ke-2 pada 23 Disember ini. Contest ni boleh disertai oleh Bloggers (sape yg bukan blogger tu cpt2 ler sign up jd Blogger ok?)

"Anak Merupakan Anugerah Terindah Dari Yang Maha Esa"

Ya, anak mmg anugerah Tuhan yg paling indah sekali bagi ku..Saat pertama disahkan mengandung lg telah aku rasakan keindahan alam ibu...Saat pertama kali melihat pergerakannya di skrin, saat pertama merasakan tendangannya, saat pertama kali mendengar degupan jantungnya..sungguh indah sekali..Subhanallah..

Setiap kali ku berteleku di tikar sejadah, tidak pernah walau sekalipun aku lupa untuk mendoakan keselamatan anakku. Tidak pernah walau sekalipun aku lupa untuk mendoakan kecemerlangan dunia & akhirat anak ku...agar anak ku dilahirkan sihat sejahtera jauh dari sebarang kecacatan, menjadi anak yg sempurna akhlaknya seiring rupa yg menawan..

Tiap kali merasakan kesakitan tidak pernah ku mengeluh sebaliknya perasaan tidak sabar yang bertandang untuk kunantikan saat pertama menatap dan mendengar tangisannya...

Maka tanggal 19 Mac 2009 jam 10.40 pagi aku disorong ke bilik pembedahan setelah dikenalpasti menghadapi masalah apabila anakku dijerut tali pusatnya...tepat jam 11.40 pagi menitislah air mata ku melihat keindahan yg aku nanti2kan selama 9bln...tangisannya sungguh indah bagaikan lagu pertama yg aku nanti2kan seumur hidupku...Ya Allah, syukur aku kehadrat-Mu di atas anugerah-Mu yg terindah...

Demi mu anak, mama berjanji memberikan yang terbaik yang termampu mama berikan....Mama senantiasa berdoa dan berharap agar anak mama menjadi anak yg taat pada Allah, agama, org tua mu, menjadi anak yg berakhlak mulia, sihat,bijaksana, dilindungi dan cemerlang dunia dan akhirat...AMIN..

(*rasa cam nk ngandung lagi je bila ingatkan betapa seronoknya mengandung...)

To other mommies yg nk joint contest ni boleh tgk dl syarat2nya..syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.

2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.

3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.

5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

Selasa, 24 November 2009

Kekasih baru aku...

1st time tgk da jatuh chenta...
1st time tgk aku da tau aku akan kelek rata dia ni...
1st time tgk aku tau aku akan slalu tatap dia..
1st time tgk aku tau dia akan jadi BFF aku..
.
.
.
Nk tau dia yg akan jd BFF aku ni ape?
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa!!

Memperkenalkan Lenovo IdeaPad S10-2 (White)

Kecik n seswai ngn bajet aku yg ciput2 je..

Hehe...asalnya aku nk beli yg special edition punya...S10-2 Nature..kaler ijau..cantek bangat..suke je tgk...tp da xde stock la plak..tggl yg display je..My Mister kata amik je kaler putih...ato hitam...dia kata lenkali da xnk kuar da.xlarat katanya nk g survey lg ape da...so aku pun turutkan katanya dgn xrela hati...hehe..beli sekali bag pastu tukar RAM dari 1GB kpd 2GB..total up RM1469 shj...harga asal note book ni rm1599 tp pas diskaun dpt la rm1199.00.Bag tu aku tambah rm90 (harga asal rm130.Ada bag free tp aku xmo..gatal.)...RAM dia tambah rm180..bajet aku ciput je..


Saje aku amik note book yg cinonet ni sbb da ada laptop (tp rosak skit nk kn repair) da 3 thn lbh da laptop tu...desk top pun da ada kat umh..tp most of da time adik aku pki utk bizz dia..so jd la utk aku yg not heavy user...(betul ke ayat tu..main taram ja)...kire utk cek email, update blog aku, wat pesanan online, bayar bil itu ini n FaceBooking..huhu.

Nape xbeli blackberry?yer...aku mmg nk juga beli blackberry instead of notebook..tp My Mister xkasi..dia xmo...dia kata amik notebook je..kelek la rata.Aku xkisah janji AKU SORANG SAJA PAKAI!!!MUAHAHA!!

Ni serba sikit info pasal my new BFF ni...

IdeaPad S Series
New to the whole notebook, netbook, laptop scene? Need a basic, super light and compact laptop for school? Or maybe you need a second computer for the family? These stylish and affordable netbooks could be just what you're looking for. The S Series is ideal for web browsing, email, homework, listening to music, and more – all on the go.
Portable and affordable

The S Series is now available in two sizes. The S10-2 starts at a mere 2.2 lbs. and .7" thin; it's light enough to carry anywhere. Its mini 9.8" x 7.2" form factor will fit into just about any backpack, messenger bag or shoulder bag.
If you prefer a roomier display and a full-size keyboard, choose the S12 with a 12.1" screen. It's still incredibly compact at about 3 lbs. light and about an inch thick.
So easy to use Stay on budget and experience Lenovo quality. These netbooks are designed to handle your basic day-to-day computing needs. And thanks to many standard features, they're very easy to use.

Tiny technology
Powered by an Intel® Atom™ Processor to offer lower power consumption and reliable performance at an affordable price. The epitome of efficiency.
Powerful Intel® Graphics Media Accelerator easily handles your image processing needs whether you're managing family photos or creating impressive presentations.

IdeaPad S10-2 New!
A touch of a button and your're instantly connected. The new Lenovo IdeaPad S10-2 netbook.
Processors
-Intel® Atom™ Processor N280 (1.66GHz, 667MHz FSB, 512KB L2 Cache)
Operating system
-Genuine Windows® XP Home
Memory
-1GB DDR2 SDRAM (Aku tukar jd 2GB)
Hard drive
-160GB SATA HDD (5400rpm)
Graphics
-Intel® Graphics Media Accelerator 945
Camera
-Integrated 1.3 Megapixels
Sound
-Integrated stereo speakers with Dolby® Headphone technology
Integrated Communications
-802.1lb/g Wireless LAN Bluetooth, embedded 3G(optional)
Display type
-10.1"(1024 x 600)LED backlight
Keyboard
-Multi-touch Enabled Touchpad
Weight
-1.25kg (with HDD and 6-cell battery)
Dimensions
-258 x 183 x 18-25.4mm
Battery Life
-Up to 6 hours (6-cell)
Expansion and Connectors
-1* 4 in 1 Card Reader (SD/MMC/MS/MS pro)3* USB2.0RJ45, VGA, Mic-In, Headphone (stereo)
Included Software
Lenovo Quick Start 1.0 VeriFace™ 3.0 OneKey™ Rescue System 6.0, Lenovo Energy Management Software 3.1,Norton Internet Security 2009, Adobe Reader 8.1, Windows Live Toolbar 3.0,Lenovo Social Shortcut 1.0
Colours
-Available in Gothic Black, Trosted Pink, Pearl White and Moonlight Ash*

For more info korang leh click sini

Ahad, 22 November 2009

Selamat Pengantin Baru Ana & Azli



Pd 21 November 2009 terlakarlah sejarah kehidupan baru sepupuku bersama suami tercintanya apabila mereka telah selamat dinikahkan dimasjid Taming Jaya...Masjid tersebut menjadi saksi tumpahnya air mata ibu dan bapanya tanda mereka bukan lg penjaga mutlak sepupuku.Keadaan menjadi sayu seketika pabila melihatkan mereka sekeluarga berpelukan dalam tangisan...

Majlis akad nikah yg bermula tepat jam 9.00 mlm tamat pada jam 10.15 mlm dan diteruskan dgn jamuan serba ringkas kepada para tamu yg hadir...Aku dan keluarga ku pulang pada jam 11.00 mlm dan membuat serba sedikit persiapan untuk makan beradap keesokkannya...
22 November 2009...pagi kami bertukar menjadi kelam kabut ketika menyiapkan makan beradap untuk meja pengantin dan VIP...Cik Mah aku yg jd "ketua chef" kami dtg agak lewat utk menyiapkan gubahan...Mama yg sudah siap membuat Siakap 3 Rasa sempat membuat gubahan bunga carrot yg turut dibantu aku dan Cik Jamaliah aku...

Sesampai Cik Mah aku, Cik Opekpun mula melaksanakan tugasnya mengukir buah tembikai...Kerja kami diringankan oleh adik aku yang turut menyumbang idea dan tenaga menjadi "arkitek n engineer" menggubah udang panjat nenas...aku?aku wat bunga carrot ngn potong buah aje...asik kn panggil ngn laki aku je soh jg ank aku...cian Baby Damia...

Siap jam 1tgh hari...kelam kabut dibuatnya....jam 1.30 kami bertolak dan terus siapkan meja mkn beradap...kol 2.00 pengantin mkn...kami sampai2 terus kena bambu ngn mak pengantin sbb lmbt smpi siapkan meja pengantin...aduyaiiiii kami ni lmbt siapkan mkn beradap ank kamo...bkn lmbt yg disengajakan...byk wooo kami buat...penuh meja tu haaaa...

Masa kami sampai mmg ramai da tamu yg datang dan menjamu selera...kami terus tgk persiapan meja beradap tgk mn yg kurang...pastu baru aku merayap cari mak mertua aku...
Dah mkn aku kn jg Baby Mia plak...mmg xdan nk amik gamba pengantin...sebelah mlm je aku sempat amik...itupun da kol 8.00 mlm...sbb belah ptg lps bergamba dgn pengantin...pengantin g amik gamba out door kat Putrajaya...

Aku, mama n makcik2 aku xbanyak menolong sgt sbb jiran2 tetangga ramai yg membantu...kami banyak membantu dalam persiapan je...mcm hantaran, aku tolong gubah...sbb aku tau time kenduri mmg aku xmenang tgn nk jaga ank aku lg...mama n Cik Mah tolong siapkan makan beradap...lain2 mcm goodies sepupu aku n adik2nya yg siapkan...Mungkin jiran2 sepupu aku ckp mcm2 sbb ingt kami xbuat ape2...sedangkan kami terlebih dulu da sibuk bantu itu ini...

Ni je la gamba2 kami sepanjang majlis nikah n majlis sanding...n acara buka hadiah...Lain2 gamba boleh la tgk kat Facebook aku...taip je Nurdiana AJ n search...ok?

Hantaran2 yg aku gubah...simple je..kn la ngn bajet yg ciput...

Deretan hantaran sebelah pengantin perempuan...sebelah laki aku xsempat amik...bateri kamera aku kong plak...tu yg gamba pun blurrr...

Mama n Cik Mah...

Khamis, 19 November 2009

Side Income Aku...$$$$

Setelah sekian lama aku tunggu komisen akhirnya harini baru aku dpt cash out..huhu...mungkin bg org lain pendapatan aku ni xseberapa...tp bg aku, sape yg nk bg duit kar kite free2?tol x?

Minggu lepas aku dpt penyata komisen bg 2 bulan berturut2...rupanya HPM bg juga penyata erk...ingt xbg...bln pertama aku dpt RM360 bg 4 set jualan produk, bln kedua dpt RM200 je sbb xramai yg order...bln ke-3 iaitu jualan utk bln Oktober aku dpt RM920 utk jualan 7 set produk & plus belian oleh org2 bawah aku...

Byk x byk kire tu la aku buat belanja harian sbb duit gaji habis aku cantas bayar itu ini n simpan TH...kalo byk komisen aku bln tu, byk la aku simpan ato belanja...kalo sikit, sikitla...

Pg td on da way nk g keja, aku singgah petronas kuar duit...aku bantai je kuar bp...tgglkan baki utk pusing modal je...dlm keta, aku tolak hutang Tupperware K.Wani n baju aku yg xberambik lg kat butik...aku asing RM150 utk masuk TH aku ngn Mia....belen tu aku nk belanja mkn ato soping time lunch ni...huhu..

Aku mmg jarang (susah skit) mtk ape2 dr My Mister coz aku tau dia byk tanggung itu ini...tp walopun aku x mtk, bile dia ada duit lebih mmg dia xkan kedekut nk belikan aku pape...sbb tu aku xmtk...kalo dia ada, tentu dia bg...kalo xde,diam jerrrr...So, aku kn la pandai2 cari duit kalo nk berbelanja lebih...walopun bln2 dia kasi elaun, tp elaun tu aku cantas beli barang ank2 aku...

Aku ingt pas ni aku nk lebarkan lg sayap perniagaan aku...tgk la dl...tgh pikir2 lg...nk kn kaji pasaran dl...huhu.

Rabu, 18 November 2009

Story Cover utk 2mggu....

Tumpang lalu yer...ceq nk sapu sampah nih...byk habuk...
perghhh...lama giler aku xbukak blog ni...sampai bersawang..sori ler bg sesapa yg dok tgk Boys Over Flower tu tetiba lak aku xupload episod baru...depa da xkasi embed dia la...huhu.xpela...uol sume leh sambung tgk kat youtube ato tgk kat http://www.mysoju.com/ okeh?
Beberapa mggu ni aku jd xtentu hala lak...mggu lps ank aku dmm sminggu...dari senin smpila sabtu baru kebah...rupa2nya kena campak ruam..nasib campak ruam je...tp risau bebeno la bile demam suhu dia tinggi betol..kalo letak telor sebiji kat kpl dia kire leh buat telur separuh masak la...
Time ni aku baru lap2 badan dia n pakaikan baju baru..suke la rasa segar skit kan..

Anak aku ni dmam2 pun aktif lg...panjat dinding, blkg aku sume abis dipanjat...tp bile da xlarat mula mtk urut la dukung ar...cian dia...bile kpl n badan dia panas cpt2 aku amik kain basahkan ngn air suam tuam kat kepala n lap badan dia...kalo dibiar nnt takut jd sawan lak...bahaya kalo baby demam smpi suhu lebih dari 40C...n jgn lak korang sesekali terus mandikan or celup anak korang dgn air paip yg sejuk ok?...nnt dia tetiba kejang lg naya...nasihat doc, tuam ngn air suam,lap2 badan n pakaikan semula ngn baju yg kering...kalo bole sape yg ada aircond tu bukak air cond ye...kalo xde, pasangla kipas...jgn diselimut baby korang ngn selimut tebal...tu tgk baby aku, doc soh pki baju berlubang...jgn kasi dia panas...budak kecik dmm bkn mcm org tua dmm...tp jgn la korang biar dia sejuk sgt...berpada2 la.
Ni petangnya, aku buh cool fever kat kpl dia...tp dia marah n cabut menda tuh...ayark..

Masa selasa tu aku pi klinik doc Rosanah kat gombak..(jauhkan klinik ank aku...doc ni ok n serasi ngn kami..so xkisah la bayarpun...dr g panel tp doc nye sakitkan hati)...doc tu cek ank aku ngn teliti, dari suhu badan, tgk tanda2 ape kat badan, paru2, tekak, mata, telinga sume dia cek...pastu tanya a few question...dia kata wat masa tu suhu anak aku xtinggi sgt...37.5C tp tgn ank aku da mula sejuk...dia kata tu tanda2 dia nk dmm panas...so dia bg la tau cara2 jagaan yg betul...memandangkan ank aku susu badan n masih lg blm 8bln (harini 19/11 baru ank aku 8 bln) dia bg ubat dmm je..dlm masa 2 hari kalo xkebah lg...dtg blk...

Esoknya aku amik El (lupa nk mtk MC kat doc)...masa nk bg ank aku ubt aku tertumpahkan ubt dia...tggl la suku botol je...mlm tu aku ajak My Mister g panel utk amik ubat yg sama...doc cek dl ank aku tp cek gitu2 je...padahal ank tgh panas gak tu...(geram je aku tgk....dala nk ckp melayu pun pelat..padahal org melayu tu...lame na kot dok london smpi tergeliat lidah nk ckp melayu blk)..sok nya lg (jumat)...papela dr oiii...janji ko bg aku MC.

Pas blk dr Azzahrah,Bangi...kami g bank jap cocok duit...mia ralit tgk org kat luar..

Ank aku dmm lg, pukul 4.47am aku bgn tgk ank aku panas kuat...terus aku tuam kpl dia...bg ubt...kol 9 aku g klinik dr Rosanah blk...(dr kajang g gombak..jauhla jugak) doc heran, lama dia demam...nk kata campak patutnya 2 3 hari demam da timbul campaknya...ini xtimbul lg...dr cadang bg antibiotik kalo xbaik jugak dia soh pi HKL...dia watkan surat utk rujukan dr...dpt lg MC. Soknya baru aku pasan ada bulat2 merah kat telinga...pastu bintat2 merah kat badan dia...aku ngn mama n My Mister g lg jumpa dr Rosanah...(sori la doc, ank demam ni...mesti doc boring asik tgk muka kami ni...heeee)...doc cek kata xserius...campak ruam je katanya...LEGAAAA..

Pas jupe doc...mia muncung je...panjang je muncung dia...da mcm sudu itik da mulut dia

Bila dia da nk baik, aku lak la yg kn..huhu demam terus aku...smpi rini sesema xilang lg...nipun da segulung tisu aku abiskan..ngehh

hmmm..smlm aku blk kg amik nenek aku...xdak sapa nk pi amik org tua tu..sabtu ni sepupu aku kawen...asalnya makcik aku yg nk amik, alih2 xle amik lak...so aku ngn laki aku la kn pi amik...

Aku blk ptg selasa pas blk keja, amik Mia n mama dl. Kat highway tupun da mlm da...smpi je kat simpang mn tah tetiba "gedebuk duk duk buk..." dan aku tetiba la saspen, cuak sey...takut xsiden.entah ape la pulak ni...rupa2nya laki aku xle nk ngelak langgar tayar lori berkecai tgh jln...ada 2 3 bj keta pull over tepi jln, mungkin nk tgk keadaan keta depa la kot...depa pun langgaq menatang tu gak kot...tp laki aku bwk pelan2 menghala R&R yg xjauh dari situ...nasib baik xde pape, cuma calar skit...mungkin kn sebat sekali ngn batu yg terpelanting...

Smpi umh nenek aku dlm kol 10...lmbt skit coz kami singgah mkn nasi ayam yg sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat tidak sedap...harap kedai je cantik..nasib x mahal sgt kami bertiga kosnya rm17++. Cadangnya nk blk KL after subuh, coz My Mister kata ada inspection ngn MBSA kol 11...tp kami ni penat sgt kol 9am baru tolak...n My Mister kata bos dia handle sendiri.

Sepanjang dlm keta aku kerap lelap...bile aku nk lelap aku tgk belakang...kalo mama lelap aku kn la berjaga...teman My Mister...kalo mama jaga, baru aku lelap ngn lenanya...risau sebenonya...My Mister ni kadang2 tetiba je ngimpit rapat kiri...lelap rupanya...tu yg aku takut...sepanjang aku ngn dia, da 3 kali jd camni...tu yg aku takut nk tido klo keadaan dia xbp ok...

My Mister mmg xbp suke amik gambo ni...pemalu orgnya...cam aku kowt?(aku pemalu?huwek...)

Letih juga rasa...xhilang lg...(letih ke malas?) tp mood aku rini rasa ok...xde la nk muncung je.mungkin sbb pg2 lg aku da 'catwalk' g sarap....heeeee

Selasa, 3 November 2009

Boys Over Flower Episode 10











Boys Over Flower Episode 9











Isnin, 2 November 2009

Boys Over Flower Episode 8











Rabu, 28 Oktober 2009

Boys Over Flower Episode 7













Boys Over Flower Episode 6











Boys Over Flower Episode 5













Boys Over Flower Episode 4













Boys Over Flower Episode 3













Selasa, 27 Oktober 2009

Boys Over Flower Episode 2













Jom layan Drama Korea

Aku biler free2 (kdg2 aku free kan juga time aku walopun aku bz) aku ske layan citer korea...baru2 ni aku ada la tgk cite ni...Boys Over Flower...cite ni genre komedi romantik...mmg best ar...ade gak skit2 part yg sedey...

Cite ni mengisahkan Jandi (anak toke dry cleaning) yg telah menyelamatkan sorang mangsa kumpulan F4 semasa nk hantar bj customer dia dan telah diterima masuk ke sekolah terkenal di Korea, Shin Hwa High School..dan bertembung dgn group F4 yg digeruni n dikagumi olh rmi student situ...akibat pertembungan ni la Jandi dan Junpyo (ketua kumpulan F4) bercinta...yg pd asalnya Jandi n Junpyo bermusuh..Jandi ni ada simpan rasa cinta pd kawan Junpyo ni (aku da lupa lak nm dia)...kira nya kawan Junpyo ni soulmate Jandi tp Junpyo adalah bakal suami Jandi...korang layan la citer ni sendiri...kalo aku nk cite lebey2 kang korang boring lak.

Aku sempat upload skit je video dia...kalo korang nk tonton full story leh tgk kat www.MySoju.com ato brows je kat YouTube...type Boys Over Flower Episode1 eng sub..ato korang tunggu la aku upload pelan2 ye..













Aduhai...

Mlm td anak aku tido lmbt lg...dia punya aktif, asik nk main je...MIL aku kata dia kurang tido siang...aduyai, ni mlm pun kurang tido gak ke...herrrrrrrrrr.

Punya la teman dia main, smpi kol 3lbh br aku leh tido...tido sekejap je la...cam biasa 5.30,5.45 aku da kn bgn da...tp aku cam mls je nk bgn...biar laki aku mandi dl br aku bgn...

Dlm keta aku susukan Mia,bile dia lelap ngn aku sekali lelap...my Mr drive le sesorang as usual...

Rutin aku lbh kurang gitu la setiap hari...tido kol 12 kalo nasib baik dpt la tido kol 11...kalo nsb xbaik tido la kol 3pg...bgn kol 5.30 (kdg2 aku bgn kol 6)..siap2 6.15 kuar umh g Kg.Baru anta Mia...pastu my Mr anta aku g UM baru dia gerak g Sh.Alam. Blk kol 5.30, my Mr slalu smpi dlm 5.45...smpi Kg.Baru kol 6.30...kalo aku singgah umh MIL pas maghrib baru blk...smpi Kajang kol 8 ato 8.30 (kalo jem kol 9 smpi)...kalo xsinggah (aku dok dlm keta je xnaik umh MIL) leh la smpi Kajang kol 7.30..

Smpi umh...aku xde terus nk lepek2...terus g dapo tanak bubur Mia utk bekal esok g umh MIL...sambil tu kn la jg Mia dl tggu my Mr siap2 mandi smyg, baru turn aku mandi ke ape...da siap tu kn layan Mia main...aku kalo week days mmg susah la aku nk masak...jarang sgt2...xlarat sey..aku akan kuar duit aku sendiri g bli mkn utk ayah,aku n my Mr...ye la blk da kol bp nk rendam ikan bagai lg...sempat ke masak...sbb tu la kalo mama ulang alik dari kem blk umh mmg aku happy sgt coz aku xyah masak...heeee (teruk tol ank mama yg tua ni ;p)

Nasib baikla my Mr akupun xsuruh aku masak, dia soh settle ank dl...mkn leh bli dia kata..hehe bertuahnya aku dpt my Mr..kalo dtg time dia rajin, dia tolong basuh bj sekali...bab tukar pampers mmg dia selalu buat...tp bab nk pki pampers mmg dia surrender la...kalo dia buat gak mmg nmpk betapa dia struggle la...sbb ank aku ni suke berguling, memusing, merangkak n so on...my Mr kata kalo aku wat xsmpi 2minit da settle..kalo dia, sudahnya Mia pki pampers je xbersluar...hehe

Smlm my Mr kata xlama lg dia kn jg projek kat Bdr Sulaiman (betul ke ni?ke bandar tasik sulaiman aaar?),kat klang. Dia kata pas ni aku kn drive sendiri g kerja..(berbunga betul aku bile dia kata aku leh g keja sendiri..leh la bgn lmbt skit..ngeee). my Mr kata Mia pun da bsr, da leh mkn, da nk pndi jln...dia kata terpulang kat aku nk cari sp utk baby sit dia nnt. dgn syarat jgn smpi dia dpt lebam suda...kalo x,siapla...tang ni tetiba aku ngangaaaaa.... :O

My Mr kata nk amik lg sebiji keta utk aku drive g keja...what?xkan nk bayar smpi 3 keta? No No No....wht about Pesona tu? Kelisa aku tu? Sape nk bwk Pesona? Yg pentingnya....nk byr keta tu,nk cr duit celah mn? my Mr kata dia da calculate, dia kata don weri...heh...aku bangkang! I object...!!baik bg aku pki Pesona tu je...(bang sayang, ayang xkan ape2kan kereta kite tu...duit yg abg kata nk buat bayar kereta ke3 tu better simpan or spend utk kite g cuti2 mesia..)

Tp.....my Mr kata once da anta Mia kat org lain, sabtu ahad kn g umh MIL...waaaaa...(dlm hati kt xmo..xmo..) tp kn waaaaa dlm hati je la...xle object awal2...kn main2 tarik tali dl...heeeee..kite ikut kt dia dl...nnt bile da time baru kasi dia tgk betapa susah kalo tiap2 mggu nk kn g umh MIL...heeee.. yela, sabtu ahad tu la time aku nk mop lantai umh, nk cuci bilik air,kms bilik bagai,dapo...nk cuci baju, cuci perkakas2 Mia...kalo nk wat time week days,jgn harap aku nk wat ar..Xpe,kite wait n see dl...kalo aku leh go on ngn plan dia aku go on la...kalo xle akan aku amukkan je...ngeeee~

Isnin, 26 Oktober 2009

Angan2 Aku...

Aku ni mmg kuat berangan...mcm2 je aku berangan...

Aku berangan nk berbisnes....skang ni mmg aku wat bisnes JM5 tu tp xckp laaa..setakat rm200-1xxx++ ckp utk aku byr keperluan aku n anak2 je...cukup2 lepas nk byr utang...xckp lg nk wat nyimpan...oleh yg demikian aku berangan nk bukak bisnes kain n baju kat blog...

Sbb nye aku nk wat bisnes ni, aku nk belajar handle yg kecik2 dl baru aku nk beralih ke sumthing yg bigger n more challenging...

Modal kecik2 dl...kalo pandai cr supplier senang la kan...ade sesapa yg nk bg cadangan ke?

Sok agak2 aku da boring keja ngn gomen ni, aku nk jd pensyarah la kot...huhu (yola tu...jgn harap la aku nk jd pensyarah,cikgi tadika mungkin bole) sambil tu aku run company aku sendiri...heheh. Dulu2 masa kj kt TWC, aku wat hampir keseluruhan kerja...dari B sampi Z...A tu aku xwat la...sbb bos aku la yg g lobi cari kelija...time tu aku cuma quot,deal ngn supplier,cari kpl wat kerja,order barang, wat claim, cek n byr claim kpl, jg/cek kerja kat site, make sure mesen ada (kdg2 mesen xckp/rosak,knla sewa), liaise ngn kontraktor bila nk jln kerja, cek store barang ckp ke x, layan surat menyurat dll kelija smpi amik/bank in cek pun aku gak buat...ooo ya satu lg kerja aku x wat...sain cek...huahuahua. Mmg bz gile ms ni...aku sgt2 kurus coz mkn xmenentu n sangat hitam...dok bawah matahari n ride g sn sini...(aku time tu ada lesen moto je,lgpun xckp duit nk amik keta...). Gaji aku wat sume ni cume la RM850...berbaloi ke tu?. Bayangkan 2 org je yg run 1 company yg ada hampir 40 projek...


Tp betol la...kalo kerja ngn org tuuuuut..mmg dia kerah kite cukup2.Biler aku xcident aku cuti 2 mggu je...dia ugut kata aku belum kompem kerja lg...dgn tgn patah tula aku bawak moto g kerja...polis pun tahan aku nk saman, katanya memandu dlm keadaan merbahaya..tp dia nk saman pun xsmpi hati tgk aku tgn patah nk g kerja...heheh (aku wat muka kesian). Mak aku bising soh benti...anak dara dia kena buli mak mana xsedey? Dia soh aku cr kerja ngn kerajaan...aku pun apply la kerja ngn gomen/semi...Masa aku bg surat benti kat bos aku, dia terkejut sgt2..hahah...biler ingt muka dia mmg aku gelak la..dia xkasi aku benti, dia kata nk raise gj aku pastu mintak aku stay sbb dia da planned nk cr kerja ngn gomen so nk pki nama aku...(nk kasi share la...nk bg keta la hape la...).tp aku pikir mak aku tu aku benti gak.

Akhirnya dlm byk2 surat panggilan tu, aku accept UM..Tp itu sume pengalaman aku yg jdkan aku berangan2.

Kat UM ni...hahah,berkarat otak aku...byk masa leh dok dpn koputer...tu yg aku leh berbiz tenet ni...heeee.kalo bos aku baca ni kompem KPI aku dpt corot...

Apa Adanya Aku....

Tajuk je lebey...cam jiwang2 je...xde maknanya

Aku wat blog ni sbb mendapat inspirasi dari kawan2 aku,blogger lain...aku leka baca kisah hidup org, tp xpernah pulak nk biar org len enjoy baca kisah aku...(cam la syok sgt life aku ni)...tp setiap org ada pengalaman memasing...akan aku syer ngn korang pandangan n pendapat dari perspektif aku...

sebelum ni aku ada wat blog peribadi cite pasal zaman aku sblm n semasa ngandung...tp da lama sgt tinggal (last2 aku lupa password blog tu)coz bz with work (bz la sgt...),ngn bisnes kecil2lan aku (aku jual JUS DIET MATE 5..kalo korang nk bli kasi tau aaaa...), n aku teramat bz with anak n laki aku...(ni mmg betul ni...xtipu punya..)

dlm blog ni aku akan cuba kupas hidup aku sebaik mungkin...mungkin interpretasi aku xsebaik korang...tp aku akan buat dgn cara aku sendiri...

adios....baca la next thread ye

RIHANNA-RUSSIAN ROULETTE



Lyrics | Rihanna Lyrics | Russian Roulette Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/russian-roulette-lyrics-rihanna.html#ixzz0bynKZxO6

SUSAN BOYLE - I DREAMED A DREAM



Lyrics | Susan Boyle Lyrics | I Dreamed A Dream Lyrics Read more: http://www.metrolyrics.com/i-dreamed-a-dream-lyrics-susan-boyle.html#ixzz0byt7LOML